Konvokesyen Master USM

Assalamualaikum..


Madam dah lama sebenarnya teringin sangat nak jadi seseorang yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Tapi, dek kerana kekangan waktu terpaksalah madam tangguhkan dulu hasrat tue dan selesaikan dahulu mana yang lebih penting seperti pengajian ijazah madam. Alhamdulillah. Setelah empat tahun melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Kimia, akhirnya madam berjaya menggenggam segulung ijazah. Majlis graduasi berlangsung pada September 2019 dan merupakan majlis konvokesyen yang paling tak dapat dilupakan. Maklumlah, kasut tumit tinggi madam boleh pula patah ketika madam dalam perjalanan menuju ke dewan utama. Pucat lesi muka madam.



Nasib baik suami ada sepanjang masa, dia lah yang ke hulu hilir mencari kasut untuk disewa di sekitar dewan konvokesyen. Mujur ada rezeki madam, dapatlah menyewa kasut hitam 'flat' dengan harga RM20. Kini madam bergelar suri rumah sepenuh masa. Bukan sengaja untuk tidak mencari pekerjaan, tetapi atas faktor-faktor kesihatan (yang akan madam ceritakan kelak) terpaksalah madam berehat sekejap. Bila terfikirkan balik pengalaman buat ijazah sarjana nie, membuatkan madam rasa tak hingin nak sambung PhD..hahaha. Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir bukan? Kalau ada rezeki dari Allah buat madam untuk menyambung pengajian, mungkin madam akan fikir-fikirkan. Bila umur dah 30 an nie, otak rasa dah tepu nak belajar.

Cukuplah entry madam untuk permulaan nie, buat adik-adik diluar sana belajarlah rajin-rajin, jangan jadi macam madam yang malas nak belajar. Hihihi..

Comments

Popular posts from this blog

Diagnosis Positif PCOS - Bab 1