Diagnosis Positif PCOS - Bab 1
Mimpi Ngeri Bermula Cewahhh!!!Tajuk pon dah serupa macam cerita hantu kan?Hahaha..Mana tidak nya, madam yang dah hidup selama 31 tahun nie tak pernah madam di diagnosis dengan penyakit yang pelik-pelik. paling kerap madam menjengah muka ke klinik pun sebab madam ada lelah. Jadi waktu kecil-kecil madam selalu lah ke klinik mengambil "nebulizer". Tapi kali ini, perasaannya lain betul. Ceritanya bermula pada April 2019, madam perasan sejak akhir-akhir ini rambut madam kerap sangat gugur. Gugur yang bukan setakat sepuluh helai tue yer wahai adik-adik. Ini gugur yang memang tak tercapai akal dan tak terkira oleh jari-jemari madam ini. Haa!!Hebat kan ayat madam. Hihihi. Madam pun pelik dan madam perasan bahawa "period" madam pun tak datang pada bulan tersebut. Perkara ini berlanjutan hingga ke bulan Mei 2019. Pada madam biasa sahaja sebab period madam memang tidak menentu semenjak remaja lagi. Tapi apabila tak datang haidh dan ditemani pula dengan kegugur...