Diagnosis Positif PCOS - Bab 1


Mimpi Ngeri Bermula


Cewahhh!!!Tajuk pon dah serupa macam cerita hantu kan?Hahaha..Mana tidak nya, madam yang  dah hidup selama 31 tahun nie tak pernah madam di diagnosis dengan penyakit yang pelik-pelik. paling kerap madam menjengah muka ke klinik pun sebab madam ada lelah. Jadi waktu kecil-kecil madam selalu lah ke klinik mengambil "nebulizer". Tapi kali ini, perasaannya lain betul. 

Ceritanya bermula pada April 2019, madam perasan sejak akhir-akhir ini rambut madam kerap sangat gugur. Gugur yang bukan setakat sepuluh helai tue yer wahai adik-adik. Ini gugur yang memang tak tercapai akal dan tak terkira oleh jari-jemari madam ini. Haa!!Hebat kan ayat madam. Hihihi. Madam pun pelik dan madam perasan bahawa "period" madam pun tak datang pada bulan tersebut. Perkara ini berlanjutan hingga ke bulan Mei 2019. Pada madam biasa sahaja sebab period madam memang tidak menentu semenjak remaja lagi. Tapi apabila tak datang haidh dan ditemani pula dengan keguguran rambut yang luar biasa menyebabkan madam mula cuak.

Tanggal 27 Mei 2019, kami suami isteri ambil keputusan untuk buat "check-up" di sebuah hospital sakit puan di Kedah. "Transvaginal Ultrasound (TVS)" dilakukan. Siapa yang tak tahu TVS boleh refer gambar di bawah. 

Gambar ihsan dari Google

Buat TVS nie memang kena betul-betul tenang dan jangan gelabah. InsyaAllah, tak sakit. Pengalaman madam buat TVS nie, memang tak sakit langsung. Doktor di hospital nie pula memang lemah lembut dan buat secara berhemah. Madam bersyukur sangat-sangat. Doktor ada tanya madam samada nak buat "Pap-smear" sekali tak alang-alang dah buat TVS nie. Madam setuju sahaja. Alang-alang dah kena seluk. Haha. Siapa yang tak tahu "Pap-Smear" boleh rujuk gambar dibawah.

Mulut Itik-Sumber Google

Prosedur Pap Smear-Sumber Google
Doktor akan gunakan sejenis alat yang macam mulut itik nie dan masukkan ke dalam vagina untuk mengambil sampel sel di serviks dan cek samada terdapat sel kanser atau tidak. Mudah sahaja prosedurnya dan langsung tidak menyakitkan. Keputusan ujian akan diberitahu melalui surat jikalau hasilnya negatif dan jikalau postif kanser rahim, doktor akan telefon kita dengan kadar segera. Nauzubillah. Semoga kita semua dihindari dari sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Konvokesyen Master USM